FR Touch

FR Touch menyediakan perkhidmatan solekan untuk majlis perkahwinan (persandingan, pernikahan), pertunangan, majlis makan malam dan sebagainya dengan kadar yang amat berpatutan.


29 Disember 2013

Solekan Persandingan

Alhamdulillah, selesai job terakhir untuk tahun 2013. Solekan persandingan untuk pasangan Faizul & Farah dari kg seri merlong batu pahat johor. Wedding of da year sangat! Tahniah kepada abg pengantin, saudara Idham Yusuff atas usaha keras anda.

Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada pasangan pengantin dan keluarga diatas kepercayaan yg diberikan kepada FR Touch.

In sha Allah kita jumpa lagi kat majlis bertandang nanti.

17 Disember 2013

Solekan Majlis Makan Malam

Cust : Nani
Tema : Ratu Egypt
Lokasi : Royal Chulan Hotel

Warna yg digunakan untuk eye shadow x banyak, dark brown dan glitter kaler bronze jek. Lipstic lak kaler orange keemas-emasan dan blusher mix antara brown, merah maroon dan light pink.

Pastu tepek la bulu mata pelesu tu. Done!

9 Disember 2013

Solekan Pertunangan

Nama pasangan : Siti Fatimah & Rafi
Lokasi : sg sikamat , kajang
Tarikh pertunangan : 07/12/2013

Terima kasih diucapkan kepada pasangan Siti Fatimah (Tim) & Rafi sebab bg kepercayaan kepada FR utk menatarias wajah wajah Tim dihari pertunangan kalian.

Sangat happy bekerjasama dengan Tim ni sbb dia jenis happy go lucky n sangat mesra x kira dengan siapa. Heheh.

In sha Allah ada rezeki kita bekerjasama lagi untuk majlis pernikahan & persandingan mereka plak. :)

18 November 2013

Solekan Persandingan

Persandingan Amin & Fatin
Lokasi : Kg Tunku, Petaling Jaya

Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin. Sweet couple dan sangat sporting. Senang bekerja dengan Fatin ni. Senang beri kerjasama. ;)

17 September 2013

Solekan Pertunangan

Solekan pertunangan pasangan yusri & intan diana dari bukit jalil. Diana request for natural look utk majlis pertunangan dia ni. So, sy bermain dengan earth color dibahagian mata.

Sangat senang bekerjasama dengan diana ni. Sangat peramah orangnya dan itu buatkan saya selesa waktu menatarias wajah dia. Kaum keluarga dia pun peramah2 orgnya.

Paling best, makanan yg di sediakan sangatttt lah sedap. Kredit utk kak izah katering dri seremban. Lauk pauk kampung yg disediakan sangatttt menyelerakan.. terlupa ari tu nk snap beberapa pics utk sajian mata uolz. Heheh.

Apa2 pun tahniah buat pasangan sweet yusri & intan diana. Semoga hubungan berkekalan hingga akhir hayat. :)

14 Mei 2013

Kelad Terbuka Gee Cantik

Ok. Ini adalah sorang lagi yang dapat sentuhan FR masa sessi makeover percuma kt Taman Tasik Permaisuri hari tu. Nama dia Nadia. Solekan ni sesuai untuk pertunangan atau pernikahan. Nampak soft n sweet je.




13 Mei 2013

Kelas Terbuka Gee Cantik

11/5/13 bertempat di Taman Tasik Permaisuri telah berlangsung sessi makeover percuma anjuran Gee Cantik Bridal House. Sambutan yg diterima sangattt menggalakkan. Beberapa org anak didik gee cantik (including me) telah diberi tugasan menatarias wajah mereka2 yg berminat mendapatkan perkhidmatan makeover. Terima kasih atas kepercayaan anda yg terlibat!
Gambar kt bawah ni salah sorg dpd mereka yg saya makeup kan. Marina dri Taman Melawati.





7 Mei 2013

Makeup for Dinner

Model : Cinta Nurzana

Cantik kan? Pintu bilik umah i? hihihi.
Lakaran Bendera negara mana tah di kelopak mata.

 Tido ye dik.... sshhhh...
lepas kena tarik rambut trus segar bijik mata..